
Pesuruhjaya PAS Selangor itu mengulas penafian Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menganggap amaran diberikan Hadi pada Rabu lalu, diputar belit media.
“Kalau nak nafikan pun, biarlah presiden sendiri yang nafikan. Tidak perlulah orang lain (yang nafi). Saya tidak mahu komen, biar presiden sendiri yang buat kenyataan.
“Saya pun tidak tahu, itu apa yang dilaporkan media. Saya hanya boleh komen jika ada makluman tentang hal itu. Apa yang dilaporkan itu kita belum dapat pengesahannya,” katanya kepada FMT hari ini.
Kelmarin, Hadi dilaporkan memberi amaran kepada DAP dan parti pembangkang lain tidak campur tangan urusan dalaman PAS, jika mahu hubungan dengan parti itu dipulihkan.
Katanya, PAS sudah lama membuka pintu perundingan dengan parti lain, susulan hasrat parti pembangkang untuk memastikan kemenangan pada PRU14 melalui pertandingan 1-lawan-1 dengan BN.
Sementara itu, Iskandar berkata, berdasarkan suasana politik di Selangor, pertandingan 1-lawan-1 amat penting kepada pembangkang kerana BN akan menang jika wujud pertandingan 3 penjuru di negeri itu.
“Realiti di Selangor, kalau tidak ada 1 lawan 1, maka BN akan menang. Kalau ada 3 penjuru, BN akan menang.
“Untuk Selangor, sebagaimana kita lihat di Sungai Besar, perlu ada 1-lawan-1. Di tempat lain saya tidak tahu,” katanya.