Ada penyebab lain ganggu bekalan minyak masak, kata Fomca

Ada penyebab lain ganggu bekalan minyak masak, kata Fomca

PPIM pula menggesa kerajaan supaya memerika rekod pergerakan bekalan minyak masak

Free Malaysia Today
PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) mengesyaki ada penyebab lain yang mengganggu gugat bekalan minyak masak negara.

Kecurigaan itu berdasarkan kepada 2 faktor iaitu Malaysia pengeluar minyak sawit utama dunia, dan pemansuhan subsidi baru-baru ini sepatutnya menguntungkan pengeluar minyak masak.

“Kekurangan bekalan tak sepatutnya berlaku sebab bekalan itu ada,” kata Timbalan Presiden Fomca Mohd Yusof Abdul Rahman.

“Sebelum ini, kerajaan bagi subsidi (bayar kepada pengeluar), tetapi sekarang tidak lagi. Pengeluar boleh kaut keuntungan.”

“Kita bimbang ada pihak yang mungkin mengambil kesempatan, kerana sepatutnya sekaranglah (4 November) pengeluar keluarkan minyak masak, dan boleh jual pada harga yang lebih tinggi daripada sebelum ini.”

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahyudin yang berkata bekalan minyak masak akan kembali normal dalam tempoh seminggu.

Menurut Roslan, kehabisan minyak masak di pasar raya dan kedai runcit kerana negara mengalami kekurangan bekalan.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan supaya memeriksa rekod pergerakan bekalan minyak masak.

“Minyak masak paket (murah) tak tahu kemana. Perkara ini perlu ditangani segera kerana golongan berpendapatan rendah terpaksa pula beli minyak masak botol (mahal),” kata Ketua Aktivis Datuk Nadzim Johan.

 

 

Kementerian jamin stok minyak masak kembali normal minggu depan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.