Restoran mamak serik naikkan harga makanan, kata persatuan

Restoran mamak serik naikkan harga makanan, kata persatuan

Pengusaha tidak mahu kehilangan pelanggan walaupun kerajaan mansuhkan subsidi minyak masak, kata Presma

noorul-presma
PETALING JAYA: Walaupun kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak, pengalaman diboikot pelanggan menyebabkan pengusaha restoran mamak serik menaikkan harga makanan.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) berkata tindakan menaikkan harga makanan tidak lagi wajar untuk kelangsungan perniagaan mereka.

“Pelanggan sekarang sangat sensitif,” kata Pengerusi Presma Noorul Hassan Saul Hameed ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata pelanggan restoran mamak berkurangan apabila harga makanan dinaikkan susulan pemansuhan subsidi tepung.

“Jadi kebanyakan pengusaha serik nak naikkan harga makanan. Sebaliknya mereka menggunakan mekanisme kurangkan kos,” katanya.

Pada Oktober Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) berkata harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan bermula bulan ini, susulan pemansuhan subsidi.

Pengumuman itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna, yang memerlukan minyak masak untuk kegunaan harian.

Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan cadangan mewujudkan mekanisme penetapan harga minyak masak.

Noorul meminta pengusaha restoran supaya berfikir panjang sebelum menetapkan harga baharu untuk makanan.

“Jika pengusaha terbeban dengan kenaikan harga minyak masak, kita harap kenaikan harga makanan dibuat secara berpatutan,” katanya.

Pautan:

TPM arah KPDNKK teliti cadangan mekanisme harga minyak masak

Kerajaan hapus subsidi, minyak masak naik harga bulan depan, kata persatuan

Kementerian jamin stok minyak masak kembali normal minggu depan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.