NGO serah 30 nama terlibat pembiayaan Bersih

NGO serah 30 nama terlibat pembiayaan Bersih

JMM turut meminta LHDN menyiasat dana yang dimiliki Bersih bagi menjalankan segala bentuk program dan gerak kerja untuk menjatuhkan kerajaan.

jmm
CYBERJAYA:
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan hari ini menyerahkan 30 nama syarikat dan individu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan siasatan berkaitan kemasukan dana asing bagi membiayai dana kumpulan Bersih.

Ketua pengarahnya, Faizan Mohd Nor berkata JMM juga meminta pihak LHDN menyiasat sama ada nama mereka yang disenaraikan itu merupakan pembayar cukai dan jika benar, adakah mereka menjelaskan cukai.

Bercakap pemberita selepas menyerahkan senarai nama itu kepada LHDN di sini, katanya JMM turut meminta LHDN menyiasat dana yang dimiliki Bersih bagi menjalankan segala bentuk program dan gerak kerja untuk menjatuhkan kerajaan.

Jumaat lepas, Presiden JMM Datuk Azwanddin Hamzah menyerahkan dokumen sulit setebal 24 muka surat kepada pihak polis, dikatakan mengandungi bukti penglibatan John Pang dan hartawan George Soros yang didakwa membiayai dana kumpulan Bersih.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.