AirAsia bimbang PSC berganda kurangkan jumlah pelancong

AirAsia bimbang PSC berganda kurangkan jumlah pelancong

Syarikat itu bagaimanapun menyambut baik pengenalan kadar baharu caj perkhidmatan penumpang (PSC) untuk Asean

air-asia-mavcom
KUALA LUMPUR:
Pengenalan kadar Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang baharu untuk penerbangan Asean oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), merupakan langkah baik susulan penurunan trafik pelancongan.

Dalam kenyataan bersama hari ini, AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd berkata, ia juga tepat pada masanya berikutan kumpulan itu menyambut Asean 50 yang akan menggalakkan integrasi bagi rakyat Asean.

“Bagaimanapun, kami bimbang dengan kadar antarabangsa yang baharu, terutamanya bagi hab kami di Kota Kinabalu, Sabah. Penumpang antarabangsa kini perlu membayar berganda bagi PSC.

“Ini boleh mengurangkan jumlah pelancong antarabangsa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.