750,000 peminjam PTPTN belum bayar sesen pun, kata menteri

750,000 peminjam PTPTN belum bayar sesen pun, kata menteri

Datuk Seri Idris Jusoh turut mencadangkan mereka yang sukar membuat pembayaran pinjaman supaya menstrukturkan semula tempoh bayaran.

idris-jusoh
KUALA LUMPUR: Lebih 750,000 bekas pelajar masih belum membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Datuk Seri Idris Jusoh di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu), yang bertanya berapa ramai peminjam belum membayar sesen pun, menteri pengajian tinggi itu berkata sebanyak 753,058 peminjam setakat 31 Ogos, dengan jumlah hutang RM5.191 bilion.

“Sejumlah RM18.311 bilion sepatutnya dikutip daripada bekas pelajar.

“Namun daripada jumlah keseluruhan, hanya RM9.6 bilion dapat dikutip,” katanya.

Bakinya, RM8.71 bilion dengan RM5.191 bilion daripada 753,058 bekas pelajar manakala RM3.518 bilion jumlah yang belum dibayar oleh peminjam semasa.

Idris juga mencadangkan mereka yang berdepan kesukaran membayar pinjaman itu supaya menstrukturkan semula pembayaran bagi membolehkan mereka membuat bayaran sehingga umur 60 tahun.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.