
Menurut kenyataan itu, tentera bersekutu memusnahkan peluru berpandu itu 65km daripada bandar suci itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan dan membalasnya dengan serangan ke atas lokasi pelancaran yang terletak dalam Yemen.
Mekah menempatkan kawasan paling suci buat penganut Islam, termasuk Masjid al-Haram.
Houthi mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka pada Jumaat, tetapi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang tersibuk negara itu.
Kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara Yemen termasuk ibu negara Sanaa bersama sekutunya, yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.