Kerajaan perlu henti strategi pinjam dana, kata DAP

Kerajaan perlu henti strategi pinjam dana, kata DAP

Charles Santiago berkata, kerajaan masih bergantung kepada strategi 1980 iaitu meminjam dan membina projek infrastruktur.

santiago--bajet-2017
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago percaya Bajet 2017 “tanpa arah” dan kerajaan terlepas peluang mewujudkan peluang pekerjaan baharu melalui tenaga hijau.

Santiago berkata, bajet itu menunjukkan kerajaan masih mengekalkan strategi 1980-an dengan meminjam dana untuk membina projek-projek infrastruktur seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi bagi meningkatkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya membuat laluan ekonomi baharu dalam pembaharuan bio-solar dan kuasa angin.

“Ia akan mampu memperoleh momentum kerana Malaysia boleh menjadi pemimpin di negara-negara Asean,” katanya.

“Hidup dalam persekitaran yang lebih baik adalah masa depan. Tetapi bajet seolah-olah terlepas peluang itu. ”

Beliau memberitahu FMT yang Putrajaya perlu beralih daripada kaedah tradisional bagi mewujudkan pekerjaan atau merangsang ekonomi.

“Kita tidak boleh bergantung kepada strategi meminjam untuk untuk membina.”

Pada 1980-an, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed melabur banyak wang ke dalam projek-projek infrastruktur mahal bagi mengalihkan kebergantungan ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara perindustrian.

Santiago berkata peningkatan dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah satu lagi petanda betapa kerajaan kekurangan arah.

Beliau berkata kos sara hidup meningkat manakala gaji kekal tidak bergerak.

Kerajaan perlu melihat cara-cara meningkatkan gaji bulanan bagi rakyat miskin dan kelas pertengahan.

“Orang ramai termasuk kelas menengah sedang marah kerana mereka tidak mampu membeli keperluan asas untuk memberi makan kepada keluarga. Terdapat kemarahan sebenarnya di peringkat rakyat. Ia menjadi terlalu mahal bagi mereka,” katanya.

Beliau berkata kerajaan boleh menyokong syarikat tempatan dengan memperkenalkan dana sokongan sebanyak AS$ 1.5 bilion, seperti dilakukan Korea Selatan apabila ia memperkenalkan gaji minimum.

“Sokongan diberikan untuk tempoh 3 tahun. Dan mereka yang gagal tidak celik perniagaan,” jelas beliau.

Beliau berkata, banyak syarikat melaporkan keuntungan lebih rendah kerana ekonomi global yang lebih perlahan. Beberapa tahun akan datang dijangka akan lebih sukar kepada rakyat.

Kerajaan perlu melakukan lebih untuk membantu syarikat-syarikat tempatan, katanya. Bajet ini juga mengabaikan nasib pemandu teksi.

“Dengan Uber (perkhidmatan perkongsian perjalanan) yang ada kini akan menghapuskan industri teksi,” katanya.

Pemandu teksi adalah bakal menerima permit teksi individu apabila mereka menamatkan kontrak pajakan dengan syarikat-syarikat teksi dan akan diberi geran RM5,000 untuk membeli kenderaan baharu.

Santiago berkata, kerajaan perlu mengeluarkan permit individu kepada pemandu teksi lama dahulu.

“Sekarang permit ditawarkan apabila mereka hampir tidak mampu untuk terus bertahan,” katanya.

Beliau berkata cadangan rebat RM4,000 bagi pembelian sebuah kereta Proton Iriz adalah “idea separuh masak”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.