
Namun pemain ranking ke-38 dunia itu terpaksa bertungkus-lumus hampir sejam 17 minit untuk menidakkan kemaraan ikon badminton negara tersebut dengan mata 21-17, 20-22 dan 21-19.
Chong Wei sebelum ini pernah 3 kali menjuarai Terbuka Denmark iaitu pada 2005, 2006 dan 2012.
Hanya beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang masih meneruskan perjuangan Malaysia.
Mereka menewaskan beregu China Li Junhui-Liu Yuchen pada saingan suku akhir lewat malam tadi dan bakal bertemu beregu tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan iaitu Mathias Boe-Carsten Mogensen.