
Perkara itu disampaikan ketika menerima kunjungan hormat Dr Fauziah di pejabatnya di Menara Parlimen hari ini.
Turut hadir pada kunjungan itu Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pertubuhan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.
Dr Fauziah kemudiannya memberitahu pemberita dalam pertemuan itu, perdana menteri turut menyatakan sokongan terhadap usaha membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis.
“Perdana menteri pernah sampai ke Gaza dan isu Palestin sememangnya dekat di hati beliau,” katanya.
Dr Fauziah turut melahirkan ucapan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana memberikan sokongan terhadapnya dan keluarga ketika beliau ditawan tentera Zionis.
Beliau ditahan tentera Israel bersama 10 anggota misi WBG yang lain semasa menaiki kapal Zaytouna-Oliva menuju Gaza pada 5 Oktober lepas.
Kapal misi kemanusiaan anjuran Freedom Flotilla Coalition itu kemudiannya ditunda ke Pelabuhan Ashdod.
Sementara itu, Dr Fauziah berkata Freedom Flotilla Coalition mahu Malaysia mengambil peranan menjalankan misi bantuan ke Gaza pada masa depan.
“Mereka mengetahui kerajaan dan rakyat Malaysia memberi sokongan yang amat kuat kepada misi bantuan kepada rakyat Palestin dan mahu kita menganjurkan misi kemanusiaan yang akan datang,” katanya.
Pautan: