
“Hanya BN dan PAS yang nampak bersatu.
“Tetapi rakyat melihat tidak ada kesungguhan untuk membaiki hubungan antara kaum,” kata M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang (RUU) Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan).
Kulasegaran menambah ada persepsi golongan berkaitan BN kebal pendakwaan manakala pembangkang pula tidak.
Beliau turut mempersoalkan dakwaan kononnnya Akta Hubungan Kaum akan dikaji selepas pilihan raya umum 2013.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri tidak bersetuju dakwaan kononnnya perbincangan mengenai perpaduan dikuasai parti politik.
“Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) turut dianggotai mereka yang tidak menyokong kerajaan. Akar umbi turut terlibat dalam majlis itu,” katanya.
Menurut Nancy, blueprint perpaduan akan dibentangkan di Jemaah Menteri tidak lama lagi.
“Ia sudah dibentangkan dan dipersetujui di persindangan menteri besar dan ketua menteri pada 2015.
“Persidangan turut melibatkan menteri besar dan ketua menteri bukan BN,” katanya.
Tokoh DAP Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) bangun mencabar semua wakil rakyat untuk mendukung Rukunegara.
“Saya menyeru semua untuk menerima cabaran untuk teguh mendukung Rukunegara. Di Indonesia, wakil rakyat beragama Islam mereka mendukung Pancasila, tetapi di sini ada wakil rakyat tidak mahu Rukunegara dan mahu negara Islam.”
Dewan Rakyat kecoh seketika apbila wakil rakyat lain bangun menyuarakan pandangan masing-masing.
Nancy menjawab: “Itu cuma andaian. Andaian sebegitu yang mencetuskan masalah. Semua terima Rukunegara kecuali pembangkang.”