
Pengerusi Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim juga bimbang hukuman itu akan menjejaskan pembelajaran, moral dan masa depan pembuli.
“Seeloknya pembuli di sekolah perlu dikaji kenapa mereka bersikap demikian, sama ada mereka mempunyai masalah di rumah atau masalah lain.
“Kalau nak gantung tanpa alternatif lain tiada guna. Pembuli yang digantung sekolah perlu diawasi.
“Jika dibiarkan pelajaran dan memfokuskan akhlak mereka sahaja, ini juga dilihat tidak berguna. Kerajaan perlu fikir alternatif yang lebih positif untuk fokuskan kedua-dua, iaitu pembelajaran dan kaunseling mereka,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, cadangan menggantung persekolahan setahun perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada pembuli.
Ini kerana, katanya, isu buli yang semakin serius perlu dibendung segera dan cadangan itu adalah langkah terbaik.
Sementara itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Mohamad Ali Hassan mencadangkan hukuman itu dikurangkan kepada 6 bulan kerana setahun terlalu lama dan akan membawa implikasi lain.
“Saya kira jika buat permulaan ini, kerajaan melaksanakan gantung 6 bulan terlebih dahulu, kesannya sudah cukup,” katanya.
Pautan:
Aktivis sosial cadang pembuli digantung sekolah 3 bulan berbanding setahun