Cukuplah jaja nama Nik Aziz, kata bekas setiausaha kepada Husam

Cukuplah jaja nama Nik Aziz, kata bekas setiausaha kepada Husam

Tindakan pemimpin Amanah itu tidak wajar kerana hubungan mereka renggang hingga ke akhir hayat tokoh PAS itu

 

Datuk-Husam
PETALING JAYA: Tindakan Datuk Husam Musa menjaja nama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kempen politik Amanah adalah tidak wajar kerana hubungan mereka renggang hingga ke akhir hayat tokoh PAS itu.

Demikian kata bekas setiausaha akhbar kepada bekas menteri besar Kelantan, Ahmad Fadli Shaari. Beliau menjawab ceramah Husam semalam yang berkata Nik Aziz berpesan ahli PAS harus sertai perhimpunan Bersih.

Bersih 2.0 akan mengadakan tunjuk perasaan Bersih 5 di ibu negara pada 19 November depan. PAS mengumumkan pihaknya tidak akan sertai tunjuk perasaan kali ini.

“Saya minta Datuk Husam berhenti menggunakan nama tok guru (Nik Aziz),” kata Fadli ketika dihubungi FMT.

“Beliau pun tahu bahawa hubungan beliau tidaklah rapat dengan tok guru sehingga ke akhir hayat khususnya selepas PRU-13 dan saya minta beliau tidak menipu diri sendiri.”

Persepsi umumnya melihat Husam anak didik Nik Aziz. Sebelum ini, Husam mendakwa Nik Aziz akan mengikut jejaknya menyertai Amanah sekiranya masih hidup.

Amanah dibentuk oleh pemimpin PAS yang dikecewakan dalam pemilihan kepimpinan parti Islam tahun lepas.

Sebelum ini, ahli keluarga Nik Aziz turut meminta Husam untuk tidak menggunakan nama tokoh PAS itu dalam kempen politik Amanah kerana beliau sudah meninggal dunia.

“Saya minta Husam jangan guna nama abang saya untuk berkempen. Saya tak izinkan dan semua adik-beradik, anak tok guru sendiri tak setuju Husam guna nama allahyarham,” kata Nik Din Nik Mat.

Pautan:

Dr Mahathir neutralkan pengaruh Cina dalam pembangkang, kata Husam

Nik Aziz kecewa, kecil hati dengan Husam

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.