Rundingan damai Syria 9 negara gagal capai strategi bersama

Rundingan damai Syria 9 negara gagal capai strategi bersama

Rundingan damai di Lausanne bertujuan meneroka jalan menuju perdamaian dengan rundingan gencatan senjata sebelum ini tidak berhasil

syrian
LAUSANNE:
Rundingan yang diadakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry di Lausanne, Switzerland pada Sabtu malam gagal mencapai strategi bersama dengan Rusia untuk menamatkan konflik di Syria, yang bergolak sejak 6 tahun lalu.

Kerry mahu meneroka jalan menuju perdamaian selepas rundingan gencatan senjata dengan Moscow tidak berhasil, ketika masyarakat antarabangsa mengecam pengeboman timur Aleppo yang dikawal pemberontak oleh Rusia dan Syria.

Kerry menyambut Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov dan menteri luar Iran, Iraq, Arab Saudi, Turki, Qatar, Jordan dan Mesir, seminggu selepas rancangan gencatan senjata yang dirangka secara cermat dan teliti oleh AS dan Rusia gagal diteruskan.

Kerry memberitahu menteri yang bersidang mencapai sepersetujuan dalam beberapa perkara yang boleh membawa kepada gencatan senjata, namun beliau akui perbincangan pada Sabtu itu ditandai beberapa detik tegang.

Bagaimanapun mensyuarat itu gagal menghasilkan kenyataan mahupun halatuju bersama.

Sementara itu, masyarakat dunia mendesak serangan pemerintah Syria untuk menawan zon timur bandar Aleppo yang berlangsung sejak 3 minggu lalu dihentikan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata 275,000 orang awam dan 8,000 pemberontak sedang bertahan menghadapi gabungan angkatan Syria, Rusia dan kumpulan yang disokong Iran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.