Ideas desak Dong Zong jangan tentang DLP

Ideas desak Dong Zong jangan tentang DLP

Badan pemikir itu berkata program dwibahasa itu baik untuk masa depan kanak-kanak Malaysia.

wan-jan-donzong
KUALA LUMPUR:
Program Dwibahasa (DLP) ialah pencetus perubahan besar untuk masa depan kanak-kanak dan pelaksanaannya patut disokong, kata Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).

Ketua Eksekutif Ideas Wan Saiful Wan Jan berkata menerusi program itu, akan wujud persaingan antara sekolah yang menyediakan DLP dengan yang tidak menyediakannya.

“Ia akan meningkatkan persaingan dalam kalangan sekolah. Ibu bapa juga boleh memilih ke mana mereka mahu menghantar anak masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Institut pemikir itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang berikrar akan menentang DLP.

Wan Jan berkata kemasukan lebih banyak sekolah vernakular dalam DLP menunjukkan petanda positif.

“Ibu bapa boleh memilih. Anak akan dapat kualiti pendidikan yang baik,” katanya.

Beliau berkata ada 76 lagi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) yang akan menyertai DLP.

“Ini ialah pilihan ibu bapa dan guru,” katanya.

Beliau berkata Dong Zong jangan tersekat dengan minda lama berdasarkan kepada kepentingan sempit.

“Ini masa untuk bergerak ke depan,” katanya.

Wan Saiful berkata jika ibu bapa dibenarkan untuk memilih sekolah vernakular secara sukarela, mereka juga ada hak untuk memilih DLP dalam sistem persekolahan vernakular.

“Sekolah vernakular hanya relevan jika mereka sukarela. Hak ibu bapa untuk memilih sekolah perlu dipertahankan,” katanya.

DLP ialah dasar yang membolehkan ibu bapa memilih sama ada sekolah anak mereka dapat DLP atau memilih tiada DLP.

DLP berdasarkan kepada program memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris anak menerusi penambahan jam di luar darjah.

Sebanyak 840 sekolah dijangka melaksanakan DLP tahun depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.