Pelajar hilang di Paris mahu belajar di universiti tempatan

Pelajar hilang di Paris mahu belajar di universiti tempatan

Ibu bapa Nur Shakinah ingin bertemu JPA untuk membincangkan status pengajiannya dan mencari universiti tempatan yang sesuai untuk meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

sakinah
SUNGAI PETANI: Ibu bapa kepada pelajar Malaysia yang dilaporkan hilang di Paris sebelum ini Nur Shakinah Naim, 19, mahu bertemu dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membincangkan status pengajiannya.

Bapanya Naim Awang, 46, berkata pertemuan dengan penaja anaknya itu juga bertujuan mencari universiti tempatan yang sesuai untuk anaknya bagi meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

“Alhamdulillah kami selamat sampai bersama Nur Shakinah ke tanah air, namun buat masa ini dia tinggal di rumah saudara kami buat sementara waktu bagi memberi ruang kepadanya untuk menenangkan fikiran,” katanya.

Naim dan isterinya Nor Halizah Ahmad, 43, kembali ke Malaysia pada Jumaat lalu setelah hampir seminggu berada di Paris untuk bertemu dan membawa Nur Shakinah pulang.

Kehilangan pelajar itu sejak 23 September lepas dilaporkan oleh teman serumahnya, bagaimanapun dia ditemui selamat pada 29 September.

Difahamkan Nur Shakinah menghilangkan diri kerana tertekan dengan pengajiannya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula jaya, Takim Batu, Kedah ini melanjutkan pengajian ke Universitaire de Technologie (IUT), Rouen, Perancis atas tajaan JPA.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebelum ini dilaporkan sebagai bersedia untuk menawarkan tempat kepada Nur Shakinah.

Pautan:

Keluarga buat solat hajat untuk pelajar hilang di Perancis

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.