Adun DAP penuhi undangan pembantu Rosmah lawat Permata

Adun DAP penuhi undangan pembantu Rosmah lawat Permata

Kehadiran pemimpin DAP ke Permata hari ini bertujuan melihat serta mendengar sendiri perkembangan Permata yang dinaungi isteri perdana menteri.

permata
KUALA LUMPUR: Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin hari ini memenuhi undangan pembantu isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor, untuk melawat salah sebuah tadika kelolaan Pusat Anak Permata Negara (Permata) naungan Datin Seri Rosmah Mansor.

Yeo yang berbaju kurung hitam tiba di pusat Permata di Kerinchi itu pada 10.00 pagi ditemani pengawai sambil disambut pihak penganjur program termasuk Rizal.

Turut hadir di pusat itu hari ini ialah Adun DAP Subang Jaya dan Speaker Selangor, Hannah Yeoh, dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.

Kehadiran mereka ke Permata bertujuan melihat serta mendengar sendiri perkembangan Permata yang dinaungi Rosmah, susulan kritikan Yeoh yang mendakwa dana Permata tidak telus dan program itu tidak ada hala tuju jelas.

Rizal membuat jemputan itu supaya Yeo dapat memerhatikan sendiri aktiviti Permata.

Bagaimanapun, Rizal meletakkan syarat Yeo perlu mengadakan sidang media dalam tempoh 3 hari selepas lawatan Permata, untuk menjelaskan kontroversi mengenai terowong dasar laut di Pulau Pinang.

“DAP tidak ada monopoli menuntut ketelusan. Saya berhak menuntut YB Yeo menjelaskan secara terperinci bersertakan dokumen mengenai projek di Pulau Pinang memandangkan ia melibatkan berbilion ringgit dana negeri,” kata Rizal.

Pautan:

Yeo sibuk mesyuarat tetapi cuba penuhi undangan Permata

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.