
Kedutaan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan semalam berkata, dasar terbaharu itu akan dilaksanakan mulai 1 November ini dan permohonan yang tidak mematuhi syarat ditetapkan akan ditolak.
Bagi pemohon yang perlu memakai cermin mata atas alasan perubatan, mereka perlu mengemukakan bukti perubatan kepada kedutaan itu.
Larangan itu dikenakan kerana pemakaian cermin mata akan menyebabkan pantulan yang boleh menjejaskan warna kulit dan seterusnya mengubah wajah pemohon.
Menurut laman web Kedutaan Amerika di Malaysia, pemohon yang memakai cermin mata perlu memastikan tiada pantulan di sekitar mata, kerana gambar yang mempunyai pantulan tidak akan diterima.
“Gambar memakai topeng muka tradisional atau purdah yang tidak membolehkan (wajah pemohon) dikenal pasti juga tidak akan diterima. Penutup kepala atau topi diterima hanya jika kepercayaan agama dan apabila muka pemohon terdedah sepenuhnya,” demikian menurut https://my.usembassy.gov.