
Bishop berkata kerajaan Australia tidak boleh sewenang-wenangnya “menyelamatkan” mereka, yang dijangka dihadapkan ke mahkamah majistret hari ini.
Mereka disiasat atas tuduhan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
“Saya tidak pasti sama ada ia akan dilihat sebagai kesilapan. Ia memang dirancang. Mereka memakai seluar dalam itu selepas membelinya di Australia,” kata Bishop dalam rancangan temubual Today di rangkaian Channel 9 Australia.
Beliau mengakui perbuatan itu bercanggah dengan budaya lain walaupun mungkin dianggap sesuatu yang biasa di Australia.
Salah seorang daripada yang ditahan ialah Jack Walker, penasihat kepada Menteri Industri Pertahanan Australia, Christopher Pyne.
Polis Sepang berkata ia mempunyai bukti cukup mendakwa kumpulan lelaki berkenaan kerana aksi mereka, yang dikatakan dalam keadaan mabuk, turut dirakamkan.
Bishop berkata Canberra boleh memberikan khidmat konsular kepada 9 lelaki itu seperti juga yang diberikannya kepada kira-kira 1,300 rakyat Australia dalam tahanan di luar negara.
Bagaimanapun, beliau berkata Australia tidak boleh membebaskan mana-mana rakyatnya yang berdepan masalah dengan pihak berkuasa negara lain.
“Kita tidak boleh mencampuri urusan perundangan negara lain seperti juga negara lain tidak boleh campur tangan urusan perundangan kita.
Pautan: