
ZURICH: Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland meminta bantuan perundangan daripada pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan 1MDB.
“Ketika analisis bukti diperolehi, OAG mengenal pasti ada transaksi disyaki membabitkan sektor kewangan Switzerland.
“Pertama, $800 juta nampaknya disalah guna daripada dana berdaulat SRC untuk pelaburan dalam sumber asli.
“Kedua, disyaki berlaku penipuan skim ‘Ponzi’…bagi menutup penyalahgunaan dana SRC dan 1MDB,” kata OAG dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut kenyataan itu, di peringkat prosiding jenayah berhubung 1MDB dan SRC International, sebuah daripada bekas anak syarikat 1MDB, 4 individu serta sebuah bank sedang disiasat.