Rizal pelawa adun DAP lawat Permata Kerinchi Khamis ini

Rizal pelawa adun DAP lawat Permata Kerinchi Khamis ini

Rizal menjemput Yeo melawat Pusat Anak Permata Negara Kerinchi, pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari Khamis ini.

rizal-mansor
PETALING JAYA:
Pembantu Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mempelawa wakil rakyat DAP, Yeo Bee Yin melawat pusat pendidikan awal kelolaan Pusat Anak Permata Negara di Kerinchi, Khamis ini.

Jemputan terbuka kepada Yeo Bee Yin itu dibuat Datuk Rizal Mansor melalui Facebooknya dengan menetapkan masa lawatan bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari, di Blok F Projek Perumahan Rakyat Kerinchi.

Antara atur cara hari itu ialah pengenalan program Permata, taklimat dan sesi soal jawab.

Terdahulu, Yeo ketika dihubungi FMT hari ini mengesahkan beliau akan melawat Pusat Anak Permata Negara dan pejabatnya akan menghubungi pihak berkaitan secepat mungkin.

Sabtu lalu, Rizal berkata, jemputan kepada Yeo untuk melawat pusat pendidikan awal yang dinaungi isteri perdana menteri itu tidak ditarik balik.

Rizal berkata, akaun Permata diaudit setiap tahun oleh Pejabat Ketua Audit Negara dan adun Damansara Utama itu bebas merujuk laporan tahunan mereka.

Bagaimanapun, beliau berharap Yeo akan mengadakan sidang media dalam tempoh 3 hari selepas lawatan itu bagi menjelaskan kontroversi terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Rizal pada Sabtu lalu turut mempersoalkan Yeo kerana tidak bersuara mengenai akauntabiliti kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang, selepas penasihat strategi media sosial DAP itu mengkritik Permata tidak mempunyai hala tuju strategik yang jelas, walaupun dibiayai kerajaan.

Pautan:

Permata telus, anda dipersilakan, pembantu Rosmah pelawa Adun DAP

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.