Panglima TUDM diarah siasat helikopter jatuh di sekolah

Panglima TUDM diarah siasat helikopter jatuh di sekolah

Panglima Tentera Udara akan memantau sendiri siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian helikopter Muri mendarat cemas di Tawau.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyiasat insiden helikopter Nuri miliknya terhempas ketika membuat pendaratan cemas di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau, pagi tadi.

“Saya sudah mengarahkan Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Roslan Saad sendiri pantau siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian di Tawau.

“Timbalan saya (Datuk Seri Mohd) Johari Baharum dan PTU akan bersama (Menteri Belia dan Sukan Sabah) (Datuk) Tawfiq Abu Bakar Titingan (Ketua Umno Bahagian Tawau) untuk meninjau kawasan kejadian dan berjumpa pengurusan & murid SMK Balung, Tawau,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau.

Hishammuddin turut lega kerana semua kru dan penumpang helikopter itu selamat.

Dalam kejadian pada jam 9.45 pagi itu, 14 anggota tentera dan 5 pelajar sekolah terbabit yang cedera dibawa ke Hospital Tawau, selepas helikopter itu terjatuh di bumbung sekolah berkenaan.

Pautan:

SMK Balung ditutup pantau Nuri jatuh di atas bumbung sekolah

Kamalanathan: Tukar lokasi SPM, jika sekolah dihempap helikopter tak selamat

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.