Helikopter tentera terhempas atas sekolah, 21 cedera

Helikopter tentera terhempas atas sekolah, 21 cedera

Mangsa cedera termasuk 13 anggota tentera.

helicopter
PETALING JAYA: Seramai 21 individu cedera, apabila sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Tawau, hari ini.

Menurut saksi kejadian yang dipetik Bernama, mangsa cedera termasuk 13 anggota tentera.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus yang dipetik agensi itu berkata, helikopter terbabit terhempas di bumbung bangunan Pusat Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Kebangsaan Balung.

China Press melaporkan kejadian itu berlaku pada jam 9.05 pagi ini dan difahamkan ketika kejadian, helikopter terbabit membawa 14 anggota tentera.

Menurut akhbar itu, juruterbang tersepit di dalam helikopter berkenaan, manakala baki 13 lagi berjaya keluar daripada pesawat terbabit.

helikopter Nuri 2
Free Malaysia Today

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.