Rakyat China bertambah kaya, jualan mi segera merosot

Rakyat China bertambah kaya, jualan mi segera merosot

Jualan mi segera di China turun 6.75% pada tahun ini selepas 4 tahun berada dalam paten yang sama.

mi-segera
PETALING JAYA: Perusahaan makanan mi segera di China menghadapi tekanan apabila jualannya jatuh merudum sejak 4 tahun berturut-turut, lapor Bloomberg.

Fenomena ini berbeza sebelum ini di mana pembuat mi segera khususnya antara 2003 dan 2008 mencatatkan keuntungan AS$7.1 bilion daripada AS$4.2 bilion.

Awal bulan ini, pembuat mi segera terbesar China, Tingyi digugurkan daripada senarai Indeks Hang Seng di Hong Kong selepas keuntungannya jatuh sehingga 60%.

Jualan mi segera di China turun 6.75% tahun ini selepas 4 tahun, dan antara sebab yang dikaitkan ialah peningkatan taraf hidup dan kesedaran terhadap kesihatan oleh rakyat negara itu.

“Mereka mempunyai pilihan makanan yang lebih baik, berkemampuan membayar lebih.

“Menurut satu kajian terhadap pengguna China baru-baru ini menunjukkan sebahagaian pengguna China mencari produk yang paling baik dan paling mahal,” petik kata laporan itu.

Elemen kesedaran kesihatan turut diangkat sebagai satu lagi punca kurangnya permintaan terhadap mi segera.

“Mi segera mempunyai reputasi yang buruk di China selepas skandal dan khabar angin serta kejadian keracunan makanan pada 2012. Terdapat dakwaan iaitu mi segera tercemar dengan kandungan plastik. Benar atau tidak, skandal tersebut memburukkan lagi reputasi produk yang terkenal dengan kandungan tinggi garam dan bahan pengawet,” tambah laporan itu.

Tidak ketinggalan kebanjiran makanan segera dan applikasi teknologi mudah alih yang membenarkan makanan dihantar terus ke pintu rumah.

Motosikal dan basikal berlumba-lumba menghantar pesanan makanan pada harga kompetitif.

Pada 2015, industri penghantaran makanan bernilai AS$20 bilion naik 55% daripada 2014.

“Cepat, pilihan yang lebih sihat, menggunakan aplikasi yang mudah termasuk untuk pelajar dan pekerja kilang,” kata laporan itu.

Pembuat dan pengimport mi segera di China kini bergelut untuk merancakkan semula pertumbuhan.

Tambahan pula dengan persaingan dari Korea Selatan yang mempunyai reputasi keselamatan makanan yang jauh lebih baik.

Satu pilihan buat masa kini ialah menyasarkan kepada ekonomi Asia yang sedang membangun seperti Vietnam.

“Ia tidak bermakna pasaran mi segera China mengecut tetapi kelas baharu penggguna China mempunyai pilihan yang lebih menarik.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.