
“Dari tempat yang sangat simbolik ini, saya menyeru tidak ada lagi keganasan atas nama Tuhan! Semoga nama sucinya dipuja, bukan dihina atau ditukar sebagai komoditi menerusi bentuk kebencian dan tidak kemanusiaan.
“Tuhan tidak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi dan mementingkan diri; dia tidak boleh digunakan untuk menjustifikasikan sebarang bentuk fundamentalisme, imperialisme atau kolonialisme,” katanya ketika berucap di hadapan umat Islam, Kristian, Yahudi dan penganut agama lain di masjid yang dinamakan sempena presiden Azerbaijan sebelum ini, Heydar Aliyev.
Francis sebelum ini membuat rayuan yang sama dan turut melawat beberapa masjid ketika kunjungannya ke seluruh dunia.
Tetapi menerusi lawatannya ke Azerbaijan, di mana populasinya kira-kira 9 juta orang dengan kebanyakannya Syiah, ini kali pertama beliau membuat rayuan dari dalam dewan solat masjid dengan kehadiran wakil agama lain.
Azerbaijan, negara yang kaya dengan minyak dan gas, bersempadan dengan Rusia, dan Turki itu hanya mempunyai kira-kira 700 penganut Katolik. Kebanyakannya warga asing, termasuk kakitangan kedutaan dan pekerja domestik serta ada yang bekerja dalam industri minyak dan gas.
“Kamu adalah kawanan kecil yang sangat berharga di mata Tuhan,” katanya kepada jemaah dalam satu upacara keagamaan di sebuah gereja moden, yang dibuka pada 2007 dan dibina di kawasan yang pernah musnah di bawah pemerintahan Soviet pada 1931.
“Berani. Teruskan tanpa takut,” kata Francis yang tiba di Baku dari negara jirannya Georgia dan kembali ke Rome pada malam tadi.
“Di sini keimanan, selepas bertahun-tahun penyeksaan, berjaya mencapai keajaiban. Saya mahu menyeru ramai penganut Kristian yang berani dan percaya kepada Tuhan serta setia terhadap kesukaran,” katanya.
Sebelum menghadiri program antara agama di masjid, Francis turut mengalu-alukan Presiden Ilham Aliyev yang berjaya seperti bapanya dengan menjadi presiden pada 2003.
Aliyev dalam ucapannya berkata Nagorno-Karabakh diluaskan dengan kawasan pergunungan di sempadan Azerbaijan, dengan populasi besarnya etnik Armenia yang menolak pemerintahan Azerbaijan. Dengan sokongan Armenia mereka berperang dalam awal 1990-an untuk memperoleh pemerintahan de-facto terhadap wilayah itu.
“Wilayah kami kekal di bawah pendudukan,” kata Aliyev kepada pope.