Polis sahkan ancaman bom di Bursa Malaysia palsu

Polis sahkan ancaman bom di Bursa Malaysia palsu

Zainol berkata ancaman itu dibuat oleh seorang pemanggil yang tidak dikenali kepada jabatan keselamatan di Bursa Malaysia.

Free Malaysia Today
PETALING JAYA: Dakwaan ancaman bom di Bursa Malaysia hari ini disahkan palsu, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah.

“Polis mengesahkan panggilan yang dibuat mengenai ancaman bom sebagai satu penipuan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Petang tadi pengurusan bangunan Bursa Malaysia menerima ancaman bom pada pukul 12:01 tengah hari menyebabkan semua penyewa dan kakitangan bangunan dipindahkan.

Zainol berkata ancaman itu dibuat oleh seorang pemanggil yang tidak dikenali kepada jabatan keselamatan di Bursa Malaysia.

Pemanggil itu dipercayai berkata, “Selepas solat Jumaat, ada letupan di Bursa Malaysia dan Kuil Hindu”.

Pegawai di jabatan keselamatan itu kemudiannya membuat laporan polis dan polis menggerakkan unit K9 serta skuad pemusnah bom ke tempat kejadian, bagaimanapun tiada bom ditemui.

Menurut Astro Awani, bangunan itu dibuka semula kepada awam kira-kira pukul 3:25 petang selepas ia disahkan selamat oleh pihak polis.

“Polis akan menjalankan siasatan terhadap orang yang membuat panggilan itu,” katanya sambil menambah bahawa kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 507 kanun keseksaan.

Menurut kenyataan Bursa Malaysia, dagangan disambung semula seperti biasa dengan pembukaan semula pada jam 2.00 petang dan perdagangan sesi petang bermula jam 2.30 petang.

Pautan:

Bursa Malaysia diancam bom

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.