Tweet kematian Haron Din, bekas wartawan ditahan lagi

Tweet kematian Haron Din, bekas wartawan ditahan lagi

Sidek Kamiso ditahan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kerana didakwa menyebabkan ketidakharmonian agama.

sidek-kamiso-1
PETALING JAYA:
Bekas wartawan Sidek Kamiso hari ini ditahan sekali lagi dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Peguam Siti Kassim berkata Sidek ditahan mengikut Seksyen 298(a) Kanun Keseksaan kerana didakwa menyebabkan ketidakharmonian agama.

Sidek ditahan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di mana beliau dipanggil untuk memberikan keterangan, lapor Star Online.

Ini kali kedua Sidek ditangkap susulan twitter yang dimuat naik olehnya pada 16 September mengenai kematian bekas mursyidul am PAS Datuk Haron Din.

Pada awal pagi 19 September lalu, Sidek ditahan polis di rumahnya di Petaling Jaya, dan kemudian dibawa ke Johor.

Beliau kemudian dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah reman daripada majistret di Johor yang menolak permohonan itu kerana ia “salah guna proses mahkamah”.

Pada masa itu, Siti berkata beliau kecewa dengan tindakan polis yang enggan memberitahu ke mana Sidek dibawa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudian berkata waran tangkap tidak perlu dalam penahanan Sidek kerana kesalahannya disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pautan:

Bekas wartawan ditahan, didakwa hina Islam

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.