Canada lulus loji LNG RM34b, tapi Petronas berwaspada

Canada lulus loji LNG RM34b, tapi Petronas berwaspada

Ramai penganalisis meragui projek akan diteruskan walaupun selepas mendapat lampu hijau daripada Perdana Menteri Justin Trudeau

natural gas plant petronas
RICHMOND:
Petronas akan menilai semula cadangan pembinaan loji gas asli cecair (LNG) C$11 bilion (RM34.44 bilion) di barat Canada yang diluluskan Ottawa selepas tiga tahun penantian.

Ramai penganalisis meragui projek itu akan diteruskan, walaupun selepas mendapat lampu hijau daripada kerajaan Liberal pimpinan Perdana Menteri Justin Trudeau dikala Petronas mengetatkan perbelanjaan ekoran kemerosotan harga komoditi, termasuk LNG, dan keadaan ekonomi yang perlahan di Malaysia.

“Pengumuman baru dibuat…kami perlukan masa untuk meneliti syarat yang diberikan dan kami akan melakukan kaji semula projek,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Wan Zulkiflee Wan Ariffin kepada pemberita di satu acara di Kuala Lumpur.

Tanda aras harga LNG menjunam lebih sepertiga dalam dua tahun ini, diasak kebimbangan mengenai bekalan berlebihan dan permintaan yang terputus-putus ketika ekonomi China bertukar perlahan.

Petronas pada awal 2016 mengumumkan ia akan mengurangkan perbelanjaan sehingga RM50 bilion dalam tempoh 4 tahan sebagai respon kepada kemerosotan harga minyak.

Canada memperkenalkan 190 syarat yang sah di sisi undang-undang bagi mengawal kesan projek LNG Pacific NorthWest ke atas alam sekitar di utara wilayah British Colombuia, termasuk takat pencemaran karbon yang dibenarkan.

Menteri Alam Sekitar Catherine McKenna di samping Menteri Sumber Asli Jim Carr dan Menteri Perikanan Dominic LeBlanc yakin projek akan diteruskan dengan cara paling mapan yang termampu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.