
Pengumuman itu berdasarkan kepada kaji selidik atas talian yang dibuat sejak 23 September 2016 melibatkan 711 pengundi muda Melayu dan 35 pengundi muda bukan Melayu.
“Sampel adalah mirip kepada pengundi Melayu atas pagar kerana sementara mereka menolak BN, mereka juga menolak DAP.
“Malah peratusan yang cenderung mengundi PAS pun tidak tinggi mana pada 35.5%,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi berkata kewujudan parti politik yang lebih banyak kali menyebabkan pecahan peratusan sokongan pengundi Melayu.
Beliau percaya dalam pilihan raya akan datang pengundi akan cenderung menyokong parti yang paling kurang kontroversi, atau parti yang tidak mengalami perpecahan seperti PKR.
“Parti-parti lama yang mengalami perpecahan sehingga tertubuhnya parti baru seperti PAS, Amanah, Umno, Bersatu terkesan dari perpecahan ini,” katanya.
Melihat kepada perkembangan itu, Rafizi menggesa komponen Pakatan Harapan (PH) supaya mencari titik pertemuan agar pilihan raya umum akan datang menyaksikan pertembungan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN).
“Jika pun tidak dapat, sebaiknya parti-parti Pakatan Harapan memulakan perbincangan untuk menggunakan satu logo. Hal ini kerana imej setiap parti (apabila berasingan) adalah berbeza dan menarik peratus sokongan yang berbeza-beza,” katanya.
Sebelum ini, penganalisis politik Universiti Malaya Prof Madya Awang Azwan Awang Pawi menyifatkan anggapan kononnya persempadanan kawasan pilihan raya hanya memanfaatkan Umno terlalu simplistik.
Kata Awang, hujah itu cacat dan hanya merendahkan orang Melayu. Hal ini kerana, pola pengundian masyarakat Melayu sudah berevolusi, terutamanya di kawasan bandar.
Pautan:
Penganalisis: Cukuplah hina orang Melayu, undi tak semestinya milik Umno