
Menurut laporan Astro Awani, Izuan Isa, 30 dan anak perempuannya Siti Zulaikha, yang berusia 4 tahun menjadi mangsa rempuhan selepas sebuah go-kart berkuasa 131cc terbabas melanggar mereka sebelum beberapa kereta dikatakan bergesel antara satu sama lain.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, lapor portal itu lagi.
Anak lelaki mangsa, Muhammad Izz Danial yang berusia 7 tahun difahamkan berada dalam keadaan kritikal.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, beberapa penonton lain termasuk kanak-kanak yang berkumpul sebelah kanan jalan turut dilaporkan cedera.
Jumlah sebenar penonton yang tercedera masih belum disahkan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan.
https://twitter.com/raydahPotPet/status/779974692169854977