Aktivis DAP Rara kahwin pengurus pelabur

Aktivis DAP Rara kahwin pengurus pelabur

Wanita berusia 27 tahun, yang baru-baru ini dinamakan sebagai salah seorang ahli politik paling hangat di Malaysia oleh FMT, turut menyifatkan suaminya sebagai "seorang lelaki biasa".

rara
PETALING JAYA:
Aktivis DAP, Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagao Rara akhirnya menamatkan zaman solo selepas mengikat tali perkahwinan dengan seorang pengurus pelaburan.

Menurut laporan The Star Online, Ahli Majlis Perbandaran Kajang berkahwin dengan Muhammad Masyhur Abdullah dalam satu majlis yang diadakan di Sangkot Garden di Hulu Langat semalam.

“Sudah tentu, saya amat gembira. Dan lega majlis ini selesai dengan baik,” kata Penolong Setiausaha Wanita DAP kepada portal berita itu.

Wanita berusia 27 tahun, yang baru-baru ini dinamakan sebagai salah seorang ahli politik paling hangat di Malaysia oleh FMT, turut menyifatkan suaminya sebagai “seorang lelaki biasa”.

Nama Muhammad Masyhur menjadi tajuk utama akhbar baru-baru ini selepas dia ditahan kerana didakwa mengeluarkan kata-kata menghina terhadap Raja Muda Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Twitter.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.