
Semua penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur melalui klia2 mulai pukul 11 pagi hingga 11.59 malam dan mulai 2 petang hingga 2.59 petang (GMT+8) semasa tempoh berkenaan akan dijadualkan semula untuk penerbangan lebih awal atau kemudian bagi penutupan ruang udara, kata syarikat penerbangan kos rendah itu dalam satu kenyataan.
AirAsia dan AirAsia X memaklumkan semua penumpang yang terjejas melalui e-mel dan SMS, dan menggalakkan mereka yang menggunakan perkhidmatan antara tarikh dan masa tersebut agar memeriksa e-mel dan telefon bimbit mereka untuk pemberitahuan penjadualan semula itu.
Penumpang juga boleh melayari www.airasia.com dan memeriksa waktu penerbangan mereka sebelum ke lapangan terbang.