KWAP labur RM123 juta dalam Uber, kata sumber

KWAP labur RM123 juta dalam Uber, kata sumber

Dua sumber yang maklum akan urusniaga itu berkata KWAP baru-baru ini melabur jumlah tersebut dalam Uber Technologies Inc.

KWAP
PETALING JAYA:
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) mahu menambah pelaburan dalam firma teknologi, susulan penerokaan kumpulan tersebut dalam sektor itu, dengan pelaburan dalam syarikat yang dikenal pasti sumber sebagai perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber.

KWAP, dana persaraan kedua terbesar Malaysia dengan aset bernilai RM123 bilion di bawah pengurusannya, sedang pelbagaikan pelaburan ke dalam sektor baharu ekoran pulangan yang perlahan daripada pelaburan sebelum ini.

Kumpulan itu mahu melabur sejumlah RM123 juta dalam “teknologi disruptif pertama” dalam satu syarikat asing, kata Ketua Pegawai Eksekutif Wan Kamaruzaman Wan Ahmad kepada Reuters dalam satu temubual. Syarikat itu merupakan “syarikat teknologi global dengan nilai pasaran melebihi AS$60 bilion”.

“Ini merupakan pelaburan pertama kami dalam ruangan itu, dan mahu meningkatkan kemahiran kami dalam bidang itu,” kata CEO itu.

Walaupun Wan Kamaruzaman tidak mendedahkan nama syarikat itu, dua sumber yang maklum akan urusniaga itu berkata KWAP baru-baru ini melabur jumlah tersebut dalam Uber Technologies Inc. Sumber itu tidak mahu dinamakan kerana ia masih dirahsiakan.

Pusingan kewangan awal tahun ini menilaikan Uber pada AS$62.5 bilion. Syarikat Amerika Syarikat itu beroperasi di Malaysia sejak 2013.

Uber masih belum menjawab permohonan untuk mengulas.

Seperti KWAP, satu lagi dana berkaitan kerajaan Malaysia juga meningkatkan pelaburan dalam aset teknologi, seperti Khazanah Nasional Bhd yang melabur dalam Alibaba, Skyscanner dan WeLab.

KWAP berkata pulangan 5% daripada keseluruhan pelaburan tahun ini. Ia mencatatkan pulangan 5.4% tahun lalu, lebih rendah daripada sasaran 6%.

“Iklim ‘lower-for-longer’ sedang mengatasi. Kami rasakan kami mampu mencapai sasaran 5%. Mengikut standard kami dalam suasana semasa, ia masih bagus,” kata Wan Kamaruzaman.

Tingkat pelaburan di UK

Sekitar 90% pelaburan KWAP dalam aset tradisional seperti ekuiti dan pendapatan tetap. Baki 10% lagi pergi ke pelaburan alternatif seperti ekuiti swasta, tetapi CEO itu berkata kumpulan mungkin menambah peruntukan sehingga 15%.

Wan Kamaruzaman berkata kumpulan itu berhasrat untuk meningkatkan pendedahan dalam bidang logistik, rawatan kesihatan, pendidikan dan barangan pengguna, serta melihat peluang di United Kingdom (UK) kerana undi Brexit mengakibatkan matawang sterling menjadi lemah dan menurunkan harga aset.

KWAP, yang memperuntukkan 250 juta pound (RM1.345 bilion) untuk pelaburan ekuiti di UK, mahu menambah lebih banyak hartanah di negara itu dalam portfolionya, kata CEO itu.

“Brexit melemahkan sterling, memberikan kami diskaun 15% kepada pelaburan dalam matawang itu. Industri pelancongan di sana sangat rancak, dan impak Brexit mungkin positif untuk sektor tertentu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.