
Peguam Roger Chan Weng Keng berkata mahkamah membuat perintah itu kerana mendapati “wujud salah guna proses mahkamah”.
“Majistret mengarahkan kedua-duanya dibebaskan serta-merta,” katanya kepada FMT.
Roger berkata Sidek ditahan di rumahnya di Kuala Lumpur pada jam 4.30 pagi tadi dan sepatutnya dibawa ke Mahkamah Majistret di sana untuk mendapatkan perintah reman.
Katanya, Sidek dibawa ke Johor kerana laporan polis dibuat di bandar ini.
“Polis tidak buat apa-apa untuk siasat tetapi hanya mengambil gambarnya,” katanya.
Sebaliknya, beliau berkata anggota polis membawanya dari Kuala Lumpur ke sini untuk mendapatkan reman.
Perjalanan dengan kereta ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur mengambil masa 4 jam.
Beliau berkata tidak pasti lagi jika Sidek akan didakwa esok.
“Dia tidak akan berada dalam tahanan polis seperti diarahkan majistret,” katanya.
Pautan: