Persempadanan semula: PKR mahu hantar petisyen kepada Agong

Persempadanan semula: PKR mahu hantar petisyen kepada Agong

Nurul Izzah berkata perubahan itu akan membolehkan BN mendapat kembali majoriti 2/3 di Parlimen dengan mudah

izzah-spr-1
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini didakwa mengatur medan untuk BN mendapatkan kembali majoriti 2/3 di Parlimen dengan mudah.

Pengarah Pilihan Raya PKR Nurul Izzah Anwar berkata cadangan penentuan sempadan pilihan raya oleh SPR melanggar Perlembagaan Persekutuan dan parti itu mahu menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya ia dibetulkan.

Perincian petisyen itu sedang dimuktamadkan, dan beliau menyeru sokongan orang ramai. “Tiada siapa yang harus bertolak ansur dengan penipuan pilihan raya yang sistematik dan mencuri pilihan raya walaupun sebelum undi yang pertama dibuang,” katanya.

Beliau berkata cadangan persempadanan itu akan menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan kerajaan negeri Selangor, dan pembangkang sekadar menguasai kurang daripada 1/3 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Izzah berkata cadangan SPR itu umpama menyerahkan cek kosong kepada BN.

Beliau berkata tindakan SPR “mengkhianati prinsip-prinsip daripada persempadanan semula yang termaktub dalam perlembagaan”, diburukkan lagi oleh cadangan itu.

Beliau menyeru penubuhan suruhanjaya sempadan bebas seperti yang dicadang Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Reformasi Pilihan Raya pada 2012.

SPR mencadangkan perubahan kepada 128 kawasan Parlimen. Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kumpulan sekurang-kurangnya 100 orang, boleh membuat bantahan sehingga 15 Oktober.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.