
Semalam, media melaporkan seorang lelaki Syria berusia 30-an bersama keluarganya yang menginap di sebuah hotel di Port Dickson tertinggal sebuah beg yang mengandungi objek berkenaan di bawah katil.
Beg berkenaan dijumpai salah seorang pekerja hotel berkenaan yang melakukan pemeriksaan rutin di dalam bilik ketika pelanggan membuat pendaftaran keluar sebelum lelaki itu kembali semula untuk mengambil beg itu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter rasminya.
Beliau berkata kesemua pelancong itu ditahan oleh anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman.
Khalid berkata pemetik api tersebut dibeli lelaki itu semasa di Port Dickson.