SPRM siasat sogokan untuk luluskan pinjaman bank

SPRM siasat sogokan untuk luluskan pinjaman bank

Ketua SPRM Sabah berkata ada kakitangan bank dipercayai mengambil rasuah untuk meluluskan permohonan pinjaman.

sprm_investigation_6001
PETALING JAYA:
Beberapa pegawai bank di Sabah dilaporkan sedang disiasat kerana mengambil rasuah bagi meluluskan pinjaman peribadi pelanggan mereka.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Shaharom Nizam Abd Manap berkata aktiviti berkenaan dipercayai sudah lama berlaku.

“Kita masih belum pastikan berapa banyak pinjaman diberikan dengan cara rasuah dan siasatan kami masih berjalan,” katanya.

Beberapa maklumat aktiviti itu terdedah selepas 7 pegawai bank ditahan awal minggu ini susulan tuduhan meminta bayaran RM7,000 daripada kakitangan awam yang memohon pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.