Petisyen gugurkan pencalonan AirAsia dalam anugerah Skytrax

Petisyen gugurkan pencalonan AirAsia dalam anugerah Skytrax

AirAsia diserang kerana tidak membantu mempertahankan hak anak kapalnya dalam insiden pramugari diarah sujud kaki penumpang.

Petisyen
PETALING JAYA: Para netizen mula mengumpul nama untuk menghantar petisyen mendesak Skytrax mengugurkan pencalonan AirAsia ekoran insiden seorang anak kapal diarah sujud di hadapan seorang penumpang, lapor Bangkok Post.

Menurut laporan itu lagi, dalam kempen yang bermula Jumaat menerusi change.org digunakan untuk membahaskan sesuatu isu, AirAsia diserang kerana tidak membantu mempertahankan hak anak kapalnya.

Baru-baru ini, seorang pramugari AirAsia terpaksa memohon maaf dengan bersujud pada seorang kanak-kanak perempuan kelainan upaya (OKU) selepas ibunya menuduh anak kapal itu menggunakan perkataan yang tidak sopan ketika menawarkan bantuan.

Susulan kejadian itu, orang ramai menunjukkan rasa tidak hati dengan cara kakitangan yang membuat arahan tersebut kerana didakwa tidak mahir mengendalikan konflik memandangkan ibu kanak-kanak itu yang bersalah kerana tidak memaklumkan kesihatan anaknya terlebih dahulu.

Dalam pesawat AirAsia penerbangan Phuket-Bangkok, pramugari itu dikatakan menawarkan bantuan selepas melihat seorang kanak-kanak autisme mula mengigil.

Bagaimanapun, soalan pramugari itu disalahertikan oleh ibunya sehingga berkongsi pengalaman itu dalam Facebook pada 28 Ogos.

Ibu itu dilapor menuntut permohonan maaf daripada syraikat penerbangan selain mahu membuat aduan kepada agensi hak asasi manusia antarabangsa jika syarikat itu gagal bertindak balas kepadanya.

Selepas beberapa pertemuan, perkara itu berakhir dengan permohonan maaf kontroversi pramugari tersebut.

Oleh kerana pengguna media sosial percaya pramugari itu berhak bertanya keadaan penumpang dalam pesawat dan dia dipercayai tidak melakukan sebarang kesalahan, kempen itu dimulakan untuk menyerang pengurusan AirAsia.

Setakat ini ia berjaya mengumpul 39,500 nama iaitu kira-kira 100 kali lebih banyak daripada apa yang diperlukan Skytrax untuk menilai pencalonan AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thai, Tassapon Bijleveld berkata pihaknya menyedari kejadian tersebut dan merancang bertemu pramugari terlibat dan keluarganya di Hat Yai Songkhla untuk memohon maaf.

Malah, Tassapon juga akui kakitanganya tidak mengarah pramugari itu berbuat demikian (sujud) tetapi ia dilakukan sendiri oleh anak kapalnya untuk menenangkan keadaan daripada menjadi isu besar.

Anugerah Skytrax adalah pe­nanda aras global kecemerlangan syarikat penerbangan dengan lebih 19 juta pengundi yang me­ngundi.

AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang murah terbesar Asia dari segi jumlah penumpang dan bilangan pesawat.

Tahun ini AirAsia dinobatkan sebagai penerima Anugerah Skytrax Penerbangan Dunia bagi kategori Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik buat tahun kelapan berturut-turut

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.