Belia dihalang mengundi kerana seludup kertas undi

Belia dihalang mengundi kerana seludup kertas undi

Mohd Fadhli Khaharruddin mahu membuktikan kewujudan undi berganda dalam PRU13.

boy_law_600
KUALA LUMPUR: Seorang pengundi didapati bersalah kerana menyeludup keluar kertas undi daripada pusat pembuangan undi dalam pilihan raya umum lepas bukan sahaja didenda, bahkan dilarang mengundi dan menjadi calon selama lima tahun.

Peguam Gene Anand Vendargon, yang membela Mohd Fadhli Khaharruddin, berkata ini adalah akibat anak guamnya tidak mahu merayu ke mahkamah rayuan.

“Anak guam saya memutuskan untuk tidak meneruskan selepas mahkamah tinggi menterbalikkan keputusan pembebasan oleh mahkamah majistret,” katanya kepada FMT ketika ditanya status kes itu.

Menurut Anand, Akta Kesalahan Pilihan Raya menetapkan pesalah dihalang mengundi dan menjadi calon selama tahun mulai tarikh pensabitan.

Pada 28 Mei, mahkamah tinggi ketepi pembebasan itu, dan Fadhli didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara. Beliau bayar denda itu.

Anand berkata Fadhli, 26, enggan merayu keputusan dan pensabitan itu kerana ada kemungkinan pendakwaraya memfailkan rayuan balas untuk memenjarakannya.

“Di mahkamah tinggi, peguam kerajaan mendesak pengenaan hukum tahnan tetapi hakim memilih untuk mengenakan denda,” katanya.

Kesalahan itu membawa hukuman lima tahun penjara atau denda atau keduanya.

Fadhli didakwa pada 2014 kerana membawa keluar kertas undi tanpa kebenaran di pusat pembuangan undi SK Sungai, Kuantan pada pilihan raya umum 2013.

Suruhanjaya Kehakiman Tuan Hassan Abdul Ghani memutuskan keputusan mahkamah majistret membebaskan Fadhli adalah tidak betul kerana tertuduh mengaku pergi ke pusat pengundian dua kali dan sudah membuang undi dalam lawatan pertamanya.

Dalam perbicaraan itu Fadhli beritahu mahkamah dia berhasrat menyerahkan kertas undi kepada polis sebagai bukti pengundian berganda.

Dia turut membuat laporan polis berhubung perkara itu pada hari yang sama.

Menurut Fadhli, dia berjaya mendapatkan set kedua kertas undi selepas mencuci dakwat kekal pada jarinya.

Dia mengundi di kerusi Parlimen Kuantan dan kerusi DUN Taunjung Lumpur.

SPR memperkenalkan dakwat kekal kali pertama pada 2013.

Selepas membuang undi pada 10.14 pagi di SK Sungai Isap, dia kembali pada 1.15 petang dan dibenarkan untuk mengundi oleh pegawai SPR yang mendapati tiada kesan dakwat pada jarinya.

Sebaik diserahkan kertas undi, dia segera menunjukkan kepada polis bertugas di pusat pengundian itu lalu memohon untuk membuat laporan.

Sebaliknya, dia didakwa kerana melakukan kesalahan setahun kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.