
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata susulan itu pihaknya akan menghantar satu laporan mengenai siasatan tersebut kepada FAM dalam tempoh terdekat bagi proses penambahbaikan dan tindakan khususnya isu teknikal yang dibangkitkan.
“SPRM mengesahkan sudah selesai meneliti isi kandungan pendrive yang didakwa mengandungi butiran rasuah dan salah urus FAM. Didapati ia tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 2 September lalu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyerahkan pendrive yang didakwa mengandungi bukti rasuah FAM itu kepada SPRM.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata dokumen setebal 279 muka surat yang terkandung dalam pendrive berkenaan tidak pernah diubah dan beliau meminta Azam mengesahkannya.
Azam berkata pihaknya juga sedia memberi kerjasama dengan FAM dan mana-mana pihak dalam hal berkaitan bagi membincangkan isu yang timbul sekiranya melibatkan unsur rasuah.
Sebelum ini, ketua Pemuda Umno itu turut menyatakan kesediaannya jika dipanggil SPRM bagi membantu siasatan.
Julai lalu, Tunku Ismail melalui laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers mendedahkan beliau mempunyai pendrive yang mengandungi dokumen menunjukkan wujud kegiatan rasuah dalam FAM.
Bagaimanapun, TMJ menolak permintaan SPRM untuk menyerahkan pendrive itu kepada mereka, kerana katanya:“Terdapat banyak kes lain yang lebih besar di negara ini yang SPRM tidak dapat selesaikan. Mungkin lebih baik ia fokus kepada kes yang belum diselesaikan itu.”
Pautan: