FAM harap isu pendrive selesai

FAM harap isu pendrive selesai

Setiausaha agung FAM berkata penjelasan SPRM mengesahkan tiada unsur rasuah berhubung kandungan pendrive itu diharap meleraikan segala kekusutan selama ini.

fam-macc
KUALA LUMPUR:
Selepas disahkan bersih oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu pendrive dianggap selesai.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata penjelasan SPRM hari ini yang mengesahkan tiada unsur rasuah berhubung kandungan pendrive itu, dapat meleraikan segala kekusutan selama ini.

“FAM sentiasa bersedia bekerjasama dalam apa juga isu dengan mana-mana pihak termasuk SPRM demi kebaikan bola sepak Malaysia,” kata Hamidin dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata FAM juga prihatin mengenai saranan SPRM bagi proses penambahbaikan khususnya berhubung isu teknikal yang dibangkitkan.

Katanya, FAM akan meneliti segala dokumen berkenaan selepas menerima laporan lengkap mengenai siasatan daripada SPRM sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut.

Terdahulu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan tiada sebarang unsur rasuah yang terkandung dalam pendrivie yang diserahkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada Jumaat lepas.

Azam dalam kenyataan media hari ini berkata SPRM melakukan penelitian terhadap isi kandungan pendrive tersebut dan mendapati ia tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

Khairy menyerahkan pendrive yang didakwa mempunyai laporan sebanyak 279 halaman selepas menerimanya daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lepas.

Pautan:

Tiada bukti rasuah FAM dalam pendrive, kata SPRM

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.