
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata lelaki berusia 61 tahun dari Taman Public Jaya di Likas meninggal dunia jam 5.30 petang tadi.
“Beliau mengalami penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, batu karang dan gout.
“Keputusan penuh siasatan punca kematiannya masih belum diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa mengalami demam pada 27 Ogos dan mendapatkan rawatan di klinik pada 30 Ogos sebelum mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth keesokan harinya selepas demamnya semakin teruk, sakit badan dan cirit birit.
Sampel darah dan air kencing pesakit diuji dan didapati positif Zika, tetapi keadaan klinikal pesakit mungkin kerana kewujudan masalah kesihatan sedia ada dan bukan disebabkan virus Zika.
Kes pertama Zika dilaporkan 2 hari lalu, di mana pihak berkuasa kesihatan mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun dari Klang dijangkiti virus itu selepas melawat Singapura.
Pautan