Dedahkan prospek gaji lumayan pengendali jentera berat, kata MEF

Dedahkan prospek gaji lumayan pengendali jentera berat, kata MEF

Tawaran kursus kemahiran disamping gaji lumayan akan membekalkan tenaga kerja anak watan yang yakin mengendali mesin dan jentera, sekaligus mengurangkan pekerja asing.

Samsuddin-Bardan_jentera-berat_600
PETALING JAYA:
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata kerajaan harus mendedahkan orang ramai tentang prospek dan gaji lumayan sektor tenaga kerja mahir yang mengendalikan jentera berat.

Menurut ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Samsuddin Bardan, kerajaan bertanggungjawab menggalakkan belia yang menganggur atau sedang bekerja dengan menawarkan kursus teknikal berkaitan kemahiran mengendali jentera berat.

“Kerja itu bukan berat, cuma memerlukan kemahiran. Ia sekadar persepsi orang sahaja, kalau jentera itu berat, kerja pun mesti berat.

“Kalau ada kemahiran, sesiapa juga boleh mengendalikannya. Kerajaan sepatutnya bertanggungjawab. Lagipun gaji bagi pekerjaan ini lumayan justeru boleh menarik minat belia dalam sektor ini,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Datuk Michael Kang Hua Keong mengenai kekurangan pengendali mesin dan jentera berat di negara ini sehingga memaksa kontraktor dan pengusaha “melanggar peraturan dan mengambil risiko” dengan mengupah pekerja asing untuk melakukan kerja penting itu.

Menurut Michael, sektor pembinaan serta perusahaan kecil dan sederhana masing-masing berdepan masalah kekurangan 30% dan 50% pengendali mesin serta jentera berat.

Samsuddin berpandangan tawaran kursus kemahiran disamping pendedahan tentang prospek gaji lumayan akan membekalkan tenaga kerja anak watan yang yakin mengendali mesin dan jentera, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Pautan:

Kerja susah, jawatan rendah, punca ramai tidak minat kendali jentera berat

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.