
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, permohonan sambung reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek berumur 26 tahun, terutama berkaitan punca dan motif kejadian.
“Polis masih menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes ini, sebelum proses dakwaan boleh dilakukan,” katanya kepada pemberita.
Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, Pengerusi Tetap Umno Tangga Batu, Mariah Baharin, 60, bersama suaminya berusia 70 tahun, Hassan A Wahab dan anak lelaki mereka berusia 22 tahun, Mohammad Taufeq ditemui mati dikelar, dipercayai oleh ahli keluarga angkat pasangan berkenaan yang dipercayai merupakan seorang penagih dadah.
Dua lagi anak perempuan mangsa, iaitu Noor Haslinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Melaka.
Pautan: