
“Saya tidaklah menyeru Jabatan Penjara untuk bertindak kasar, atau memukul banduan, tetapi Jabatan Penjara perlu menimbulkan keadaan yang tidak selesa kepada banduan sehingga mereka kesal dan tidak lagi mahu masuk penjara.
“Misalnya, sel yang banduan ditempatkan itu perlu ada nyamuk, tikus, lipas yang boleh mengganggu pesalah,” katanya dipetik Bernama hari ini.
Noor, yang pernah dijemput berucap di program anjuran pertubuhan hak Melayu Perkasa, berkata amalan memberi “kemudahan ala VIP” kepada banduan perlu dihentikan, sebaliknya mereka diberi layanan setimpal dengan kesalahan.
Beliau mendakwa ada banduan dalam penjara “mengambil peluang untuk melakukan jenayah semata-mata untuk menikmati segala kemudahan yang disediakan Jabatan Penjara”.
“Dia tak insaf, dia tahu kalau masuk penjara mesti dapat makanan percuma dan
boleh tidur nyenyak,” katanya tanpa menyebut siapa yang dimaksudkan.
Julai lalu, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran mempersoalkan polisi Jabatan Penjara yang menafikan banduan bersentuhan dengan ahli keluarga ketika lawatan.
Ia susulan pendedahan salah seorang banduan, yang terpilih dalam program Pautan Ramadan di Penjara Kajang pada pagi Aidilfitri lalu, yang pertama kali dibenarkan memeluk ibunya yang berkerusi roda selepas 6 tahun.
Pautan:
Surendran: Mengapa larang banduan bersentuhan dengan keluarga?
Banduan, keluarga tidak boleh bersentuhan perkara biasa – Nur Jazlan