Husam bakal ketuai usaha rampas Kelantan, kata Amanah

Husam bakal ketuai usaha rampas Kelantan, kata Amanah

Amanah negeri yakin dengan kemampuan Husam berdasarkan pengalaman beliau mentadbir Kelantan ketika bersama PAS.

hussin-amana
PETALING JAYA:
Amanah akan menyerahkan tanggungjawab kepada Datuk Husam Musa untuk mengetuai parti itu bagi merampas pentadbiran kerajaan negeri daripada PAS.

Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Muhamad Hussin berkata, kemasukan Husam mampu memberi perubahan besar kepada perubahan politik di negeri itu.

“Kita yakin dengan kemampuan yang beliau ada pengalaman yang beliau lalui, hasrat Amanah untuk ambil pemerintahan Kelantan daripada PAS akan tercakapi sekaligus menghalang daripada dirampas Umno.

“Peranan Husam untuk menawan Kelantan itu memang kita bagi ruang yang cukup besar kepada beliau. Sebab PAS sekarang ini bermasalah, pelbagai isu timbul dan rakyat makin keliru dengan perjuangan PAS.

“Amanah juga akan tawarkan kepada rakyat fokus perjuangan kita untuk mengambil alih kerajaan,” katanya.

Bercakap kepada FMT, Hussin berkata parti itu sedia menawarkan jawatan tertinggi kepada Husam di peringkat negeri.

Isnin lalu, Husam yang juga bekas naib presiden PAS mengumumkan penyertaan ke dalam Amanah, 4 bulan selepas dipecat kerana lantang mengkritik pimpinan tertinggi PAS.

Hussin tidak menolak akan ada lagi wakil rakyat PAS Kelantan akan mengikuti jejak Husam menyertai Amanah.

“Ramai harum manis di Kelantan ini, walaubagaimanapun kita tidak terlalu memberi tumpuan untuk menarik wakil rakyat PAS, tetapi hakikatnya mereka menyokong perjuangan Amanah,” katanya.

Pautan:

Saya serahkan diri untuk perjuangan Amanah, kata Husam

Amanah bincang posisi sesuai untuk Husam

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.