
Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel berkata ini kerana tiada siapa yang dapat memastikan Kementerian Belia dan Sukan bersih daripada sebarang penglibatan dengan dakwaan tersebut.
“Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sepatutnya menyerahkan maklumat yang dimilikinya terus kepada SPRM. Siapa tahu jika kementerian ada terbabit atau bertindak sebagai pihak ketiga.
“Maka jalan terbaik ialah penguatkuasa undang-undang yang menyiasat,” katanya kepada FMT.
Sehubungan itu, katanya C4 menyarankan agar TMJ turut memberikan maklumat yang dimilikinya itu kepada SPRM.
Terdahulu, TMJ mendakwa memiliki maklumat rasuah dalam FAM yang berlaku selama 30 tahun, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia dan laporan audit yang ‘merepek’.
Meskipun SPRM menyatakan kesediaan mereka menyiasat dakwaan itu, TMJ menyerahkan pendrive tersebut kepada Khairy ketika kunjungan ketua Pemuda Umno itu ke Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada 26 Ogos lalu.
Khairy kemudian dilaporkan berkata akan memaklumkan tindakan susulan selepas selesai meneliti seluruh kandungan pendrive itu.
Pautan: