
Cheng Guan berkata DAP tidak suka suara bangkangan terhadap pemimpin, maka poster seperti itu satu-satunya cara untuk ahli menunjuk perasaan.
“Kami semua sedar Guan Eng ada ramai musuh politik. Ini termasuk dalam DAP.
“Kamu yakin orang yang menampal poster di merata tempat itu bukan ahli mereka?
“Mungkin musuh peribadi atau ahli DAP? Dalam DAP, mereka tidak diberi hak untuk suarakan rasa tidak puas hati.”
Cheng Guan yakin kumpulan tertentu dalam DAP terbabit dalam karikatur itu.
“Semua orang tahu Pakatan Rakyat sangat bijak buat kerja seperti ini, tapi kita tak pasti angkara kumpulan yang mana.”
Awal hari ini, Umno Online melaporkan kewujudan poster itu, ditampal pada tiang lampu dan struktur jalanraya lain di Pulau Pinang.
Poster itu memaparkan karikatur Guan Eng tersenyum – hidung dan bibir warna merah – bersama perkataan “Bersih 5.0”.
Di bawah tertera: “Bersihkan Pulau Pinang daripada badut banglo”, dan “Singkir badut” dalam tulisan Cina.
Karikatur itu menyerupai lakaran badut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh artis Fahmi Reza.
Fahmi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jun lalu di bawah Akta Komunikasi dan Multmedia kerana memuat naik karikatur di akaun Instagram miliknya.
Julai lepas, Fahmi didakwa dakwaan yang sama di Mahkamah Sesyen Ipoh.
Terdahulu, Adun DAP RSN Rayer menyifatkan poster badut sebagai “keji” dan menggesa polis menyiasat perkara itu dan mendakwa orang bertanggungjawab sepertimana nasib Fahmi.