KJ: Tiada kompromi jika wujud ketirisan dalam FAM

KJ: Tiada kompromi jika wujud ketirisan dalam FAM

Khairy akui tidak boleh membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai isu itu memandangkan belum membaca isi kandungan pemacu pena itu.

khairy-fam
PETALING JAYA:
Khairy Jamaluddin bertegas tidak akan menutup atau menyembunyikan kesalahan mana-mana individu sekiranya dikesan wujud ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata demikian mengulas isi kandungan pemacu pena yang diterimanya daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Khairy akui tidak boleh membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai isu itu memandangkan belum membaca isi kandungan pemacu pena itu.

“Saya tidak akan menutup kesalahan sesiapa, saya tidak akan sembunyikannya, saya akan buat secara telus berdasarkan laporan tersebut… secepat mungkin.

“Saya belum ada masa membaca sepenuhnya kandungan pemacu pena tersebut. Saya akan maklumkan kepada media tentang tindakan susulan saya, sesudah saya kaji isi kandungan itu,” katanya selepas majlis perjumpaan bersama atlet paralimpik negara di sini hari ini, lapor Bernama.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menyerahkan pemacu pena yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku FAM kepada Khairy.

Tunku Ismail memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM, selain mahu memberi tumpuan kepada kelabnya.

Pautan:

Khairy elak dedah kandungan pendrive ‘salah laku’ FAM

TMJ serah pendrive ‘salah laku’ FAM pada KJ

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.