Proton lebih popular berbanding Toyota, Perodua, Honda…

Proton lebih popular berbanding Toyota, Perodua, Honda…

... di kalangan pencuri kereta, menurut statistik persatuan insuran yang terpaksa berdepan tuntutan melebihi RM2 bilion pada separuh tahun ini.

mark-lim
PETALING JAYA:
Proton Wira merupakan jenama kereta utama yang menjadi sasaran pencuri kenderaan di Malaysia, menurut Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM), lapor The Star.

Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Mark Lim turut memberitahu, dengan purata 60 kenderaan dilarikan setiap hari di seluruh negara, Malaysia menduduki tangga ke-6 antara negara yang paling banyak mengalami kecurian kenderaan.

Katanya, ia menyebabkan jumlah pembayaran yang besar dibuat syarikat insurans, yang menerima tuntutan RM2.41 bilion pada 6 bulan pertama tahun ini.

Menurut statistik PIAM, kereta Proton merupakan jenama yang paling banyak dilarikan tahun lalu, dengan 1,214 buah Proton Wira dicuri.

Ia diikuti Toyota Hilux (595 buah), Proton Iswara (552), Perodua Kancil (550), Proton Waja (538), Perodua Myvi (379), Proton Saga (318), Proton Satria (238), Nissan Vanette (208) and Honda Civic (200).

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.